Thursday, February 18, 2010

setahun sudah berlalu II

pada saat ini setahun yang lalu aku dah lepas dari KLIA ke bangkok dan sekarang berada di atas kapal ke vianna, austria.

puak imegresen siam buat hal periksa aku lama-lama. entah apa yang tak puas hati. aku cakap siam baru tau.



pertama kali aku berada atas kapal lama-lama.sebelum ni ke delhi tak la sampai enam jam tapi kali ni mau berbelas jam.

rupanya dalam penerbangan ni ramai orang vietnam yang nak ke sebelah eropah sana. seorang mamat yang aku tanya, dia dah kerja di sana dan kali bawa anak bini pergi sana.

seorang melayu pun tak ada.terkial-kial la aku sorang tapi peduli apa......



sampai di vienna, cuaca sangat sejuk. nak keluar pun tak tau.lagipun aku dah terlepas tempat keluar.dah tak tau macamana nak pusing balik lagi. terpaksalah tunggu empat jam sebelum ke sarajevo.

tidur aja kat bangku dan nak makan pun tak lalu. sempat juga buka lap top. ada wifi situ.

cuaca kat luar makin sejuk.

keesokannya aku berlepas ke sarajevo dengan austrian air. sampai sana pagi dan bos aku tn hj bad dah menunggu.
suhu disitu masa tu -5 darjah. kali pertama sejuk gila-gila macam ni.

selepas tu aku terus ke pejabat dan kemudian ke rumah di peyton, ilidza yang aku akan tinggal selepas ini selama enam bulan. buat masa ni brader kamali masih ada dan belum balik lagi.

bermulalah episod baru di negara balkan bekas kesatuan yugoslavia, bosnia herzegovina yang banyak kenangan walaupun selama enam bulan saja........

No comments:

Post a Comment

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...